Khamis, 28 Mei 2020

Pasu yang sesuai untuk kaktus

Kaktus yang baru dibeli perlu untuk kita repot. Maksud repot adalah menukar tanah lama kepada tanah baru. Pastikan menggunakan tanah khas untuk kaktus atau boleh buat campuran sendiri.

Selalunya Kak Ila akan guna pasu dari tanah liat aka terracotta pot. Atau pasu dari seramik. Paling penting pasu yang dibeli kena ada lubang. Untuk yang baru belajar menanam kaktus dinasihatkan guna terracota pot. 

Pasu jenis ini boleh menjadi penanda aras jumlah air yang kita siram. Kesan air akan nampak pada permukaan pasu. Maka kita boleh tahu samada air itu telah meliput keseluruhan tanah atau tidak. Dan kita juga boleh tahu adakah tanah masih lembab atau kering.

Size pasu juga memainkan peranan. Beli pasu yang tidak terlalu besar dari kaktus. Sebagai contoh, size kaktus 5cm, jadi boleh beli pasu yang besar sedikit dari size pasu asal. Pasu yang sedang elok sizenya akan lebih cepat kering tanahnya apabila disiram. Bila menggunakan pasu yang terlebih besar, tanah dalam pasu akan lambat kering. 


Pasu plastik pun boleh juga digunakan. Cumanya air lambat kering. Pasu plastik lebih ringan, tapi mudah untuk reput kerana terdedah kepada hujan dan panas. 


Ok setakat ini sahaja untuk perkongsian kali ini. Selamat Hari Raya ☺️





Tiada ulasan:

Catat Ulasan