Isnin, 27 April 2020

Cara-cara penjagaan kaktus.

Kaktus itu asalnya tinggal dipadang pasir. Kawasan yang panas dan jarang sangat dapat air hujan. Kaktus sangat tahan lasak ye adik kakok. 

Bila kita baru mula-mula nak berjinak dengan kaktus harus faham keperluan kaktus tu.
Contoh,  kita baru beli kaktus dari nursery atau dari Cameron Highland pastikan bila balik ke rumah jangan terus bagi direct sunlight. Takut kaktus tu terkejut. Bila dia terkejut maka kaktus akan mati.

Perlahan-lahan ajar kaktus untuk terima cahaya matahari. Kalau sebelum ni letak bawah bumbung, kita alih bagi dapat matahari pagi. Buat macam tu lebih kurang 2 minggu. Lepas tu baru boleh repot. Maksudnya tukar tanah baru. 

Tanah untuk kaktus harus poros. Maksud poros tu bila kita siram, air akan keluar laju  melalui lubang pasu. Campuran tanah untuk kaktus perlu ada pasir kasar, pasir sungai, perlite, vermiculate, lava rock dan pumice. Pumice dan lava rock ni pilihan. Tapi kalau ada lagi bagus. Kak Ila suka guna tanah adenium untuk campur dengan bahan-bahan tu semua. Buat la dalam anggaran yang adik kakak rasa bila genggam campuran tanah tu dia berderai. 

Dah setel buat campuran tanah makanya boleh la tanam kaktus. Masa repot tu boleh la buang tanah lama. Ada juga orang tak buang tanah lama, just tambah dengan tanah baru. Boleh juga. Tapi Kak Ila suka buang semua tanah lama. Selalunya bila dah repot, Kak Ila tak akan terus siram kaktus tu. Kak Ila akan tunggu seminggu baru siram. Ini untuk mengelakkan kaktus kita rosak dan hitam lalu mati. Beri masa pada kaktus tu berkenalan dengan tempat baru dia. Nak biasakan diri dengan tanah dan pasu baru.

Sila pastikan pasu yang digunakan ada lubang. Kita tak mahu air bertakung dalam pasu. Aliran air dan udara haruslah lancar. Kalau pasu tak ada lubang boleh tebuk ye.

Siram kaktus sekurang-kurangnya seminggu sekali. Atau bila tanah kaktus sudah betul-betul kering. Macam mana nak check tanah dah kering. Boleh rasa dengan jari, atau cucuk lidi satay pada tanah. Kalau lidi basah maksudnya tanah masih basah. So sila tunggu beberapa hari lagi. Atau boleh angkat pasu (kalau pasu tu ringan) rasa la berat ke tidak pasu tu. Selalunya pasu yang tanah sudah kering akan lebih ringan.

Ok... nanti Kak Ila share lagi ye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan