Khamis, 28 Mei 2020

Pasu yang sesuai untuk kaktus

Kaktus yang baru dibeli perlu untuk kita repot. Maksud repot adalah menukar tanah lama kepada tanah baru. Pastikan menggunakan tanah khas untuk kaktus atau boleh buat campuran sendiri.

Selalunya Kak Ila akan guna pasu dari tanah liat aka terracotta pot. Atau pasu dari seramik. Paling penting pasu yang dibeli kena ada lubang. Untuk yang baru belajar menanam kaktus dinasihatkan guna terracota pot. 

Pasu jenis ini boleh menjadi penanda aras jumlah air yang kita siram. Kesan air akan nampak pada permukaan pasu. Maka kita boleh tahu samada air itu telah meliput keseluruhan tanah atau tidak. Dan kita juga boleh tahu adakah tanah masih lembab atau kering.

Size pasu juga memainkan peranan. Beli pasu yang tidak terlalu besar dari kaktus. Sebagai contoh, size kaktus 5cm, jadi boleh beli pasu yang besar sedikit dari size pasu asal. Pasu yang sedang elok sizenya akan lebih cepat kering tanahnya apabila disiram. Bila menggunakan pasu yang terlebih besar, tanah dalam pasu akan lambat kering. 


Pasu plastik pun boleh juga digunakan. Cumanya air lambat kering. Pasu plastik lebih ringan, tapi mudah untuk reput kerana terdedah kepada hujan dan panas. 


Ok setakat ini sahaja untuk perkongsian kali ini. Selamat Hari Raya ☺️





Isnin, 27 April 2020

Cara-cara penjagaan kaktus.

Kaktus itu asalnya tinggal dipadang pasir. Kawasan yang panas dan jarang sangat dapat air hujan. Kaktus sangat tahan lasak ye adik kakok. 

Bila kita baru mula-mula nak berjinak dengan kaktus harus faham keperluan kaktus tu.
Contoh,  kita baru beli kaktus dari nursery atau dari Cameron Highland pastikan bila balik ke rumah jangan terus bagi direct sunlight. Takut kaktus tu terkejut. Bila dia terkejut maka kaktus akan mati.

Perlahan-lahan ajar kaktus untuk terima cahaya matahari. Kalau sebelum ni letak bawah bumbung, kita alih bagi dapat matahari pagi. Buat macam tu lebih kurang 2 minggu. Lepas tu baru boleh repot. Maksudnya tukar tanah baru. 

Tanah untuk kaktus harus poros. Maksud poros tu bila kita siram, air akan keluar laju  melalui lubang pasu. Campuran tanah untuk kaktus perlu ada pasir kasar, pasir sungai, perlite, vermiculate, lava rock dan pumice. Pumice dan lava rock ni pilihan. Tapi kalau ada lagi bagus. Kak Ila suka guna tanah adenium untuk campur dengan bahan-bahan tu semua. Buat la dalam anggaran yang adik kakak rasa bila genggam campuran tanah tu dia berderai. 

Dah setel buat campuran tanah makanya boleh la tanam kaktus. Masa repot tu boleh la buang tanah lama. Ada juga orang tak buang tanah lama, just tambah dengan tanah baru. Boleh juga. Tapi Kak Ila suka buang semua tanah lama. Selalunya bila dah repot, Kak Ila tak akan terus siram kaktus tu. Kak Ila akan tunggu seminggu baru siram. Ini untuk mengelakkan kaktus kita rosak dan hitam lalu mati. Beri masa pada kaktus tu berkenalan dengan tempat baru dia. Nak biasakan diri dengan tanah dan pasu baru.

Sila pastikan pasu yang digunakan ada lubang. Kita tak mahu air bertakung dalam pasu. Aliran air dan udara haruslah lancar. Kalau pasu tak ada lubang boleh tebuk ye.

Siram kaktus sekurang-kurangnya seminggu sekali. Atau bila tanah kaktus sudah betul-betul kering. Macam mana nak check tanah dah kering. Boleh rasa dengan jari, atau cucuk lidi satay pada tanah. Kalau lidi basah maksudnya tanah masih basah. So sila tunggu beberapa hari lagi. Atau boleh angkat pasu (kalau pasu tu ringan) rasa la berat ke tidak pasu tu. Selalunya pasu yang tanah sudah kering akan lebih ringan.

Ok... nanti Kak Ila share lagi ye.



Ahad, 26 April 2020

Kaktus itu terapi.


Ianya bermula pada tahun 2017, Kak Ila pertama kali jatuh cinta dengan kaktus. Kaktus pertama yang dibeli adalah di IKEA. Ada 2 kaktus yang masih bertahan. Lagi satu, yang jenis sukulen dah kiok.. hahaha..


Melayan kaktus, tenung kaktus, belek-belek duri dia tu satu terapi. Leka dibuatnya. Hilang semua rasa sakit bila membelek kaktus ni.

Alhamdulillah selepas beberapa tahun terjebak dengan si duri ni Kak Ila makin sihat. Fikiran pun tenang dan gembira. Lagi gembira bila dapat beli beberapa pasu kaktus. Dia punya happy tu bukan main lagi..

Musim PKP ni asik terperap di rumah. Tapi kurang sikit rasa bosan tu sebab ada kaktus yang nak dipandang. Lagi pula kaktus tengah rajin berbunga. Berbunga rasa hati.

Sudah 4 tahun meninggalkan dunia blog. Kak Ila mula berblog pada tahun 2010, dan berhenti menulis pada tahun 2015. Tahun 2020 ini Kak Ila mula semula, mahu menulis mengenai kaktus. Semoga apa yang Kak Ila akan kongsikan nanti akan mendapat manfaat untuk semua.